Think-Pair-Share
Melibatkan tiga langkah struktur koperatif. Dalam langkah pertama murid akan berfikir secara senyap mengenai persoalan yang dikemukakan oleh guru. Murid kemudian akan berpasangan dalam langkah kedua sambil bertukar maklumat dan pendapat. Dalam langkah ketiga setiap pasangan akan berjumpa dengan pasangan yang lain dari kumpulan sama atau dari kumpulan lain untuk bertukar-tukar maklumat dan pendapat.
Jigsaw
Kumpulan lima orang ahli akan dibentuk. Setiap ahli kumpulan akan diberikan satu bahan yang unik untuk dipelajari. Ia kemudian perlu mengajar tentang bahan tersebut kepada ahli kumpulannya. Untuk membantu dalam pembelajaran, ahli kumpulan lain yang diberikan bahan yang sama akan duduk bersama membincangkan apa dan bagaimana untuk mengajarkan bahan tersebut. Setelah menguasainya, ahli akan balik ke kumpulan masing-masing untuk mengajarkan tentang bahan atau tajuk yang telah dikuasainya.
Pasangan
Murid masuk dalam kumpulan pembelajaran koperatif terdiri daripada empat orang ahli. Pasangan akan bergerak keluar daripada kumpulan manakala satu lagi pasangan diberikan tugasan untuk dikuasai untuk membolehkannya mengajar pasangan yang telah keluar. Pasangan kedua ini akan belajar dan dibolehkan bertanya kepada pasangan lain yang mempunyai tugasan yang sama. Kedua-dua pasangan dari satu kumpulan akan berhimpun semula. Setiap orang dari pasangan yang telah belajar akan mengajar rakannya dari pasangan yang telah keluar tadi. Setiap ahli akan menyemak sejauh mana mereka telah menguasai apa yang telah dipelajari dan mereka akan berusaha untuk memperbaiki proses yang dijalani.
RoundRobin.
Setiap ahli dalam kumpulan akan berkongsi maklumat atau pendapat tentang isu atau topik yang diperbincangkan.
Number Head Together
Guru akan memastikan ahli kumpulan diberikan nombor (1, 2, 3 dan 4) dalam setiap kumpulan. Guru akan bertanyakan soalan. Murid akan berbincang untuk mendapatkan jawapan yang terbaik. Guru akan memanggil mana-mana nombor secara rawak dan murid dengan nombor berkenaan perlu memberikan jawapan bagi pihak kumpulannya. Murid dengan nombor yang lain tidak dibenarkanmenjawab.
Co op co op
Murid bekerja / belajar dalam kumpulan untuk menghasilkan / mendapatkan satu produk / maklumat / fakta yang akan dikongsikan dengan seluruh kelas. Setiap murid akan memberikan sumbangan.
Tuesday, 19 July 2011
Wednesday, 13 July 2011
Strategi Melibatkan Murid / Pelajar
Jadikan isi kandungan pelajaran serta tugasan relevan dengan kehidupan murid
- gunakan artikel daripada media massa seperti akhbar dan majalah
- kaitkan tugasan yang diberi dengan kehidupan di sekolah
- kaitkan tugasan kelas dengan matlamat masa depan murid serta kerjaya yang berkaitan
- gunakan kaedah pembelajaran kajian kes atau pembelajaran berasaskan masalah untuk menyampaikan isi pelajaran
- libatkan murid untuk meneroka topik yang relevan
Sediakan pilihan yang terkawal
- beri pilihan kepada murid untuk memilih tugasan dan cara belajar mereka sendiri.
- benarkan murid mengemukakan soalan tentang perkara yang menarik minat mereka untuk tujuan perbincangan.
- pastikan guru jelas dengan ekspektasi serta objektif pembelajaran (murid perlu tahu mengapa mereka perlu melakukan apa yang diminta / suruh oleh guru dalam proses pembelajaran)
- berhenti dan bercakaplah dengan murid tentang apa yang betul dan salah yang telah mereka lakukan.
Pastikan guru melakukan penilaian yang adil
- berikan maklumbalas yang bermakna dan dengan kadar segera
- elakkan pertandingan untuk mencari siapa yang terbaik (pertandingan tidak sihat).
- tugasan, penilaian dan objektif pembelajaran perlu diselaraskan.
- pelbagaikan bentuk penilaian (formatif dan sumatif).
Gunakan rakan sebaya
- gunakan rakan sebaya untuk memberikan maklumbalas serta sokongan.
- hargai sumbangan murid (verbal dan bukan verbal).
- gunakan kelompok formal dan tidak formal apabila sesuai dan diperlukan.
- bantu murid membentuk kelompok belajar dan pastikan kelompok tersebut dinamik.
- agihkan bahan-bahan di kalangan murid dan murid diminta mengajar rakan (peer coaching) sesuatu yang mereka kuasai.
- bantu murid selesaikan masalah dan bukan guru menyelesaikan masalah mereka.
Libatkan murid dengan respons atau tindakbalas afektif
- pilih topik dan bahan bacaan yang menarik minat mereka
- gunakan topik yang sedikit kontroversi untuk menimbulkan suasana perbincangan
- libatkan murid dalam perdebatan intelektual
- minta murid perdebatkan isu yang dibangkitkan menurut apa yang mereka percayai
- jadi model cara membuat tindakbalas afektif
Gunakan penulisan
- minta murid menulis pandangan yang bertentangan dengan dirinya
- minta murid menulis ringkasan pelajaran secara kritikal
- minta murid hasilkan newsletter mengenai pelajaran
Gunakan High Tech
- gunakan multimedia - teks, audio, video, komputer, perbincangan, kerja kumpulan, seni, lakonan dan sebagainya untuk menyampaikan bahan pembelajaran.
- gunakan teknologi sebagai salah satu mod pengajaran dan pembelajaran.
- gunakan teknologi untuk tujuan berkolaborasi ketika tiada di dalam bilik darjah (e-mail, sembang maya dan sebagainya).
Gunakan kaedah perbincangan
- minta dan galakkan murid untuk sentiasa bersedia dengan soalan melibatkan topik pembelajaran.
- gilirkan peluang dan peranan murid sebagai ketua dalam sesi perbincangan.
- minta murid menjawab dua soalan berikut ketika membaca bahan pelajaran: Apakah bahagian /konsep /idea yang paling sukar difahami? Apakah yang paling menarik dalam topik ini?
- gunakan tugasan kumpulan perbincangan (merumus bahan bacaan, menjawab soalan ketika membaca, buat perbandingan kefahaman atau pembacaan, hasilkan peta konsep kumpulan) dan minta seorang ahli kumpulan membentang atau melaporkan dapatan mereka.
Galakkan murid membuat refleksi kendiri tentang pembelajaran
- minta murid menyediakan jurnal pembelajaran mereka sendiri
- tanyakan tentang halangan yang dihadapi atau sokongan pembelajaran yang murid harapkan
- bincang dengan murid strategi yang mungkin digunakan untuk mempelajari mata pelajaran atau tajuk-tajuk tertentu.
- ambil sedikit masa untuk berbincang tentang progres murid melalui konferensi individu
Selainnya
- tahu dan hormati murid sebagai individu
- ingat nama murid
- tunjukkan kesabaran ketika mengajar topik yang agak sukar difahami oleh murid
- berikan cabaran kepada murid dan pada masa yang sama berikan juga sokongan
- jadi lebih tulen (tidak berpura-pura)
- gunakan kontak mata dengan melibatkan kesemua murid di dalam bilik darjah.
Subscribe to:
Comments (Atom)